Sale!

Menara Akademia Gading: Cracks In The Ivory Tower — Syamimi Saadon

Original price was: $9.45.Current price is: $6.30.

In stock

Quantity
SKU: 9786299727309 Category: Brand:

Description

“PhD dapat jadi kaya ke? dapat status? bagi gelaran?” 
“Sampai bila kita harus begini, ibarat kelemasan dalam lautan peluh dsn darah sendiri?”
Menara Akademia: Gading Mana yang Tak Retak adalah kisah-kisah wanita dalam akademia. Daripada pelbagai disiplin, latar belakang dan pengalaman pengajian di serata dunia, mereka berkongsi suka duka kehidupan dan kerjaya masing-masing. Menara adalah kedududkan yang tinggi dan sukar dicapai. Gading pula adalah sesuatu yang berharga. Perjalanan bagi mencapai kedua-duanya adalah suatu kembara yang kompleks dan tersendiri. Segala ranjau berliku yang ditempuhi diharap dapat menemukan erti, menabur bakti seterusnya meraih reda ilahi.
“Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahi Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.”
Himpunan kisah sekumpulan wanita waja daripada dua generasi yang mempunyai kekuatan dan kebingkasan tersendiri. Dengan mengimbangi kedua-dua tugas berat akademia dan keluarga, mereka membuktikan bahawa kaum wanita mampu bersama-sama membangunkan ummah.
-Profesor Dato’ Dr. Mohamed Hatta bin Shaharom
Pemenang Anugerah Buku Negara 2022

Explore more from our collection.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Menara Akademia Gading: Cracks In The Ivory Tower — Syamimi Saadon”

Your email address will not be published. Required fields are marked *